Selamat tahun baru 2013.Setiap tahun kita cakap selamat tahun baru dan tentang azam..Klishe..
Tapi adakah azam yang kita cakap itu ditunaikan terlaksana atau tidak?
Pada aku azam itu tidak penting,yang penting apa wawasan mu dalam hidup ini?Tanyalah diri sendiri,tahun demi tahun apakah perubahan dan kebaikan yang kita lakukan.?
Setengah orang menganggap setiap tahun adalah sama baginya,cuma angka saja yang berubah.
Dalam kehidupan kadang-kadang kita tiada pilihan atau boleh memilih.Memang semua keputusan adalah ditangan kita sendiri.Tapi disuatu saat waktu dan ketika pilihan dan keputusan perlu dibuat kerana waktu dan keadaan yang memaksa.Sekiranya masa dah suntuk, kita mesti memillih untuk membuat keputusan dalam kehidupan sama ada Ya atau Tidak.Tak kiralah tentang perkara apa sekalipun.
Pada aku tetapkan lah satu prinsip dan wawasan supaya kita boleh mencapai apa yang kita ingankan dalam kehidupan kita sebenarnya.Janganlah mudah berasa bangga dengan apa yang kita ada.Maksud aku kita memang perlu bersyukur dengan apa yang kita telah capai,tetapi jangan anggap sesuatu itu sudah berada ditahap Zon Selesa dan tidak perlu melakukan apa-apa lagi.
Aku pernah jumpa orang yang sikapnya begini ya..Orang yang jenis tidak mahu berfikir bagaimana nak majukan diri kehadapan.Contohnya pendapatan bulanan RM1500 sebulan,sampai bila-bila RM1500 pun OK dan tak perlu buat apa-apa untuk mencari pendapatan yang lebih sedikit.(maaf cakap tiada niat sindiran cth saja).Tepuk dada tanya selera,dizaman sekarang pun dan akan datang harga barang semakin meningkat dan Kos Hidup pun turut meningkat.Kalau 10 tahun lagi kalau tidak mahu mengubah sikap,masih relavan lagi ke bersikap begini?..Ini cuma pendapat aku..
Ask your self ?
P/s: Entahlah kadang-kadang aku tengok ada setengah orang asyik pentingkan hiburan sahaja dalam kehidupan.Hari-hari asyik-asyik baca Gossip Artis dilaman sesawang.Huh..bosannya.
Perkara yang boleh bagi kita tentang General Knowledge, ilmu agama ke tak nak ambil tahu langsung.
Perkara yang boleh bagi kita tentang General Knowledge, ilmu agama ke tak nak ambil tahu langsung.
No comments:
Post a Comment