Kali ni content masak-masak makan-makan.Sis Nana masak Samyang Buldak Cream Carbonara Hot Chicken Flavor Ramen.Panjang betul nama dia. Masak dan makan guna Korean Pot ..Pastu cite pasal buli-buli nilah. #samyang #review #koreanpot
Pages Nana Thepurpleroomz
https://www.instagram.com/nana.thepurpleroomz
Thursday, 3 February 2022
Masak Samyang Cream Carbonara dan isu Bullies 😋😩🍜💜
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Tuesday, 25 January 2022
Selam Bundle Expo 2021 Sungei Wang Plaza I Rugi tak layan bundle !!!
Video penutup untuk tahun 2021.Nasib sempat selam bundle tahun ni walaupun cuti PKP bapak lama gila.Rugi siapa tak layan bundle. Kali ni memang Sis Nana beli RM20.00 sahaja.Benda boleh beli murah buat apa bayar mahal.Siapa kisah kau pakai baju apa pun.No one cares.Tu lah Expo Bundle bukan selalu ada, mmg kaki bundle tertunggu-tunggu je nak dapat item Jackpot.
Yang penting selesa pakai dan you know how to spend your money.Takde hutang keliling pinggang.Daripada dok berlagak pakai barang mahal-mahal tapi hutang sana sini.😅 .
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Saturday, 15 January 2022
Short vacay - Penang !
Round - round Penang pastu pegi makan kat area Padang Kota Lama.Kecewa lah juga sebab tak dapat view tepi lautan Pulau Pinang .Serabut kepala bila ada construction , zink bagai. Bising pulak tue.Pastu Sis Nana menginap 1 malam 2 hari kat Sweet Cili Boutique Hotel Penang.Konsep ala-ala Bali githue.Berkenan dengan interior design kat Boutique Hotel ni.Session interview harus ada .
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Saturday, 11 December 2021
Unboxing Budget PC Gaming l LCD Monitor and Gaming Chair
Hari tu dah setup interior work station, now set up PC pulak. Up grade guys...New PC setup finally this year , 2021.New vibes is coming up for next year for 2022 Goal. Just love my new set up for this year. Harap lepas ni dapat buat kerja editing laju skit.Semangat baru mai dah.
#PCGaming #LCDmonitor #gamingchair .
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 12 November 2021
My Purple Vibes is coming and makeover for workstation area.
Finally dapat siapkan juga. Dah lama nak ada interior macam ni. Done install 3 tier Shelves .
Buat je kalau rasa nak buat. Puas hati bila boleh buat apa rasa nak buat.Seronoknya ada almari baru.Of course RGB light will make your room more vibes.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Tuesday, 26 October 2021
Bench Stool & White Shelf I Make over lagi !
Kali ni Sis Nana siapkan projek yang dah lama nak siapkan. Yang pasti , hasilnya mantap !!!
Tengoklah proses2 nak siapkn tempat duduk ni. Kalau punya banyak masa dan wang semua benda kalau boleh nak buat sebab minat .Ilham deko2 boleh tgk sini. ☺️
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Wednesday, 29 September 2021
Mi Goreng Italian by Vit's l Review Jujur
First time dapat product untuk di review.Terima kasih Vit's atau pun Vit Makanan (KL) Sdn Bhd kerana menghantar bungkusan Mi Goreng Italian untuk direview dari Sis Nana.Teruja sebab first time dapat produk utk review.Sebab channel You Tube baru nak merangkak lagi ni.
Vits Italian Carbonara adalah menu terbaru, selepas Vits Italian Bolognese dan Vits Italian Aglio Olio.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 3 September 2021
Vaksin 2st Dose - Sinovac . Ogos yang Sedih ...
Siapa yang dah lengkap dos kedua , beringatlah jangan happy sangat..Jaga diri , jaga kesihatan.Ajal akan tiba bila2 masa.
Permergian Sahabatku atau Sis Nana anggap seperti Adik membuatkan Sis Nana perlu lebih tabah menghadapi semua ini. Arwah meninggal sebab sakit Tibi.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 6 August 2021
Dah dapat Vaksin Sinovac .
Siapa dah dapat Vaksin mesti tau kan rasa dia macam mana. Ada juga yang belum dapat apa2 Update Appoitment dari MySejahtera.Ada yang baru dapat dos pertama, dan ada yang dah settle dah pun dos kedua.Harap semua orang patut dapatkan Vaksin dengan segera. Supaya kita dapat kurangkan rantaian Covid19 dan dapat elak dari terkena wabak ini.
Kalau rasa nak amik Vaksin, daftar je.Kalau tak nak tak perlu hasut orang lain.
#vaccineday #sinovac #pandermic
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Wednesday, 28 July 2021
Berkhemah dirumah Ajele.
Sambung PKP sampai bila tak tahulah.Jadi aku sambung je bikin video unboxing .
Macam biasalah buka-buka barang buat content dapat juga share kot-kot ada yang tengah mencari barang apa-apa ke..Boleh skip-skip kalau nak tengok barang ikut tajuk.
#myshopeecheck #shopeehaul #shoponline
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Sunday, 27 June 2021
Shopee haul lagi .
Duduk dirumah dan Buat Video Unboxing Jelah aku Mampu sambil menghabiskan tempoh PKP ni.Time PKP apa je kan nak buat kat rumah, aktiviti pun semua terbatas sebab tak boleh keluar rumah.
Pejam celik pejam celik bulan Jun akan meninggalkan kita dah.Sia-sia je tahun masa dan bulan berlalu aku rasa.Jadi apa pula perancangan kamu untuk bulan July pula? Kuatkan hati , jiwa dan mental ya semua.Sebab negara kita masih menunjukan 4 angka kes harian dan tak tahu lah bila akan terus menurun.Kelihatan seperti tiada harapan kes akan menurun kerana sudah 4 minggu PKP 3.0 (MCO 3.0) dijalankan namun keputusan masih sama.
Bagi sesiapa yang sudah mendapat Vaksin dos 1 dan 2, janganlah anda lupa SOP masih perlu dijaga seperti biasa.
"Jangan budget kebal pula.Aku dah disuntik vaksin memamg gerenti akan selamat punya"
Ingat kita masih belum #menang lagi ye.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 18 June 2021
Pertama Kali Home Makeover
Ini adalah pertama kali , aku buat perubahan atau make over kat rumah ni.Hampir sebulan nak siapkan projek ni.Lepas ni ada projek yang lebih besar akan berlaku tahun ini.Ubah suai yang dibuat kerana aku sudah dapat idea baru dan modal baru.Jadi barulah, projek lain boleh jalan.
So kalau nak tengok perubahan apa yang aku buat, korang boleh tengok je kat video link dibawah .Walaupun perubahan kecil, tetapi yang penting aku dapat suntik elemen estetik .Penat yang berbaloi kerana Make Over tue bagi aku satu kepuasan.
Ok korang tengok jelah dekorasi atau ilham makeover yang aku dah buat ni, kalau rasa nak tengok.Kalau dah tengok jangan lupa beri komen dan like kalau suka.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Sunday, 28 February 2021
February !!! Semoga lebih baik untuk masa akan datang.
Salam kepada semua siapa yang masih sudi membaca ke ruang blog thepurpleroomz.
Allhamdulilah bulan ini aku sempat Shoot dan edit 3 video.Sekarang lebih bersemangat nak shoot dan edit video untuk Content Channel NANA Thepurpleroomz sebab latar belakang dah cantik.
Walaupun baru kembali aktif semula pada December 2020.Kalau sempat, semua kalau boleh nak buat dah hasilakan lebih banyak video dalam masa sebulan.Tapi apakan daya.Biar video sikit atau lambat asalkan Video lebih berquality atau ada isi Peyampainnya.
Perubahan dilakukan secara berperingkat.Nampak macam mudahkan untuk hasilkan sesuatu Content. Banyak perkara sebenarnya perlu teliti dan perlu diambil kira atau membuat Research terlebih dahulu untuk menghasilkan sesuatu Content.Biarlah content tersebut mempunyai Element asas seperti :
Mukadimah (Opening)
Isi kandungan dan penyampaian (Content)
Penutup (Closing)
Baru video nampak Smooth bila ada perancangan dan isi kandungan.Sama seperti menghasilkan Cerita atau kisah ,atau senaskah buku.
Ini adalah Content atau Video bagi February 2021
Macamnilah sakarang aku sibuk dengan kerja Shoota,edit dan Media Blast.Baru nak menapak mencari platform di You Tube.Hari demi hari banyak ilmu boleh belajar dari Channel yang juga.
Ilmu tidak akan habis pun untuk kita pelajari.Jangan meletakkan diri kita dalam Zon Selesa dan tidak mahu belajar kalau sudah pandai.Sampai bila-bila pun ilmu perlu dipelajari.Pelbagai teknik kita perlu tahu dan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas untuk pedoman hidup.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Wednesday, 20 January 2021
Bila Masuk Tahun Baru 2021
![]() |
Bagi tahun 2021 aku akan fokuskan pada Channel You Tube.Ini semua aku lakukan untuk masa akan datang kerana aku percaya tak selamanya perlu duduk dan bekerja dibawah Syarikat orang lain.Jadi aku gunakan peluang kali ini untuk buat sahaja apa yang aku dah lama nak buat tapi tak sempat.Sekarang aku punya masa 24 JAM untuk majukan diri.
BE YOUR OWN BOSS
Setiap kali tahun baru ,semua orang mengharapkan yang lebih baik.Tetapi bagi pembukaan tahun 2021 baru kali ini bukanlah sesuatu yang baik kerana negara masih lagi dilanda dan dibelenggu dengan Virus Covid-19.
Ada yang tewas dan ada yang masih berjuang habis-habisan.Barisan hadapan terutamanya yang paling terkesan kerana menghadapi situasi yang tidak boleh dijangka.Jururawat dan doktor pun sudah penat dan letih,Kasihan mereka.
Jadi aku menyeru supaya kita semua perlu menjaga kebersihan dan SOP.Tak kira dimana kamu berada.Kerana apa yang penting sekarang adalah kesihatan kita.Berapa kali perlu di INGATKAN.
"STAY AT HOME"
Tak ada urusan tidak perlu keluar,bukan masanya untuk bersenang-lenang diluar sana,tanpa sebarang urusan.Aku lihat sahaja ada sesetengah orang menganggap seperti kita sudah MENANG.Hakikatnya kita masih belum pulih sepenuhnya dari Covid-19 tetapi pergi bercuti sana sini tanpa rasa bersalah dan tidak takut pun dengan situasi yang melanda sekarang.
Jadi apa kesudahannya sekarang lihatlah sendiri.!!!
Semua orang menjadi susah kerana terpaksa Cuti PKP.
Sekolah terpaksa ditunda.Pelajar menghadapi tahap kesukaran ,bila perlu mengikuti kelas Online.Sedangkan bukan semua pelajar mempunyai Akses Internet dan Laptop dirumah.Yuran sekolah pula perlu bayar seperti biasa.
Sukar bukan?
Aku menyeru kepada semua,duduk sahaja dirumah kalau tiada urusan apa-apa.Bila kita merungut bosan.Anda lupa petugas di Hospital sampai tidak punya masa untuk bosan demi menjaga semua pesakit jangkitan Covid-19.
Sebenarnya ada banyak perkara anda boleh lakukan dirumah.
1.Masak atau belajar masak.Mengemas rumah.
2.Cuci sahaja segala jenis yang berhabuk.Seperti kipas,bawah sofa,bawah katil.
Kemas peralatan dan buang sahaja barang yang tidak digunakan lagi.
Kalau ada kertas botol dan tin aluminium boleh kumpul sekali.
Atau asingkan dan jual.Ada juga hasilnya dan dapat kitar semuala.
3.Cuci bilik air .Jangan malas .Tak payah tunggu orang lain buatkan.
4.Cuci kereta sendiri.
5.Kalau ada kucing,main dengan kucing sebab sebelum PKP.Asik kerja dan busy.
6.Solat diawal waktu,mengaji ,Solat Tahajud dan Solat Dhuha.
7.Membaca dan menonton You Tube, Movie atau Netflix.
Banyak bukan perkara yang boleh dibuat sepanjang PKP ni dan bila duduk dirumah.Ini pun aku rasa banyak gila benda nak buat.
INGAT "STAY AT HOME"
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Saturday, 8 August 2020
Poppy Pops Ohhh Yeah !
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 12 June 2020
Covid19 - My journal during MCO (Movement Control Disorder )
Coronavirus disease 2019 (COVID-19) is an infectious disease caused by severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2). It was first identified in December 2019 in Wuhan, China, and has resulted in an ongoing pandemic.
The first case may be traced back to 17 November 2019. As of 12 June 2020, more than 7.5 million cases have been reported across 188 countries and territories, resulting in more than 421,000 deaths. More than 3.53 million people have recovered.
Phase 1 :
March 18 - March 31, 2020
Phase 2:
April 1 - April 14, 2020
Phase 3:
April 15 - April 28, 2020
Phase 4:
April 29 - May 12, 2020
Phase 5 (CPPB):
Conditional Movement Control Command
May 13 - June 9, 2020
Phase 6 (CPPP):
Restoration Movement Control Command
June 10 - August 31, 2020
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Friday, 5 June 2020
Photography for You Tube Video Lyric Tujuh7 | nyalarasa
- Time: 6.00 - 7:30 pm.
- Location : Heli Lounge Bar KL : Rooftop Bar on Helipad with 360°.
- Gear : Canon EOS 1100D
- Lens : Sigma 70-300mm (For Canon AF)
- Shoot by : NANA
Kon'nichiwa min'na, kono bideo de shashin wa kuararunpūrueria de no watashi no kyapucha shashin no 1tsudesu. Shashin wa 2016-nen 3 tsuki ni satsuei sa remashita. (MCO) matawa undō kanri meirei pandemikku Covid 19 2 〜 3-kagetsu-kan, watashi wa jibun no fairu de shashin o shiyō dekimasu storage. So Adob e fotoshoppu CS 6 > Image > Adjustment > HDR Toning de shashin o henshū shimasu. Korega kekkadesu. Shita no gazō de watashi no ātowāku o miru koto ga dekimasu. Goran no tōri, kono tatemono no sai jōbu kara kyapucha shita kono burogu ni orijinaru no shashin o haichi shimasu. You Tube chan'neru no samuneiru gazō no baai wa,[imēji] > [chōsei] > [saido o sageru] o shiyō suru koto ni shimasu. Kore wa, monokuro no yō ni miemasuga, haiiro de hyōji shitai tamedesu.
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Tuesday, 2 June 2020
Westlife - You Raise Me Up cover on Keyboard
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR
Saturday, 23 May 2020
Peacock Time Lapse : dances like a queen
- Time: 3.30 - 4:00 pm.
- Location : Melaka Bird Park, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
- Gear : Canon EOS 550D
- Lens : EFS 18-135mm
- Software editing : Movavi Video Suite 2020
- Speed Light :Canon 430EX II
- Shoot by : NANA
THANK YOU EVERYONE, JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE! MY YOU TUBE CHANNEL
Freelance Photographer and Photography is my long journey.
During free time I play keyboards and I like to cook.
I will find inspiration in everyday life.
- PENANG - KUALA LUMPUR












