https://www.instagram.com/nana.thepurpleroomz

Wednesday 20 January 2021

Bila Masuk Tahun Baru 2021



You Tube Channel NANA Thepurpleroomz

Bagi tahun 2021 aku akan fokuskan pada Channel You Tube.Ini semua aku lakukan untuk masa akan datang kerana aku percaya tak selamanya perlu duduk dan bekerja dibawah Syarikat orang lain.Jadi aku gunakan peluang kali ini untuk buat sahaja apa yang aku dah lama nak buat tapi tak sempat.Sekarang aku punya masa 24 JAM untuk majukan diri.

BE YOUR OWN BOSS

Setiap kali tahun baru ,semua orang mengharapkan yang lebih baik.Tetapi bagi pembukaan tahun 2021 baru kali ini bukanlah sesuatu yang baik kerana negara masih lagi dilanda dan dibelenggu dengan Virus Covid-19.

Ada yang tewas dan ada yang masih berjuang habis-habisan.Barisan hadapan terutamanya yang paling terkesan kerana menghadapi situasi yang tidak boleh dijangka.Jururawat dan doktor pun sudah penat dan letih,Kasihan mereka.

Jadi aku menyeru supaya kita semua perlu menjaga kebersihan dan SOP.Tak kira dimana kamu berada.Kerana apa yang penting sekarang adalah kesihatan kita.Berapa kali perlu di INGATKAN.

"STAY AT HOME"

Tak ada urusan tidak perlu keluar,bukan masanya untuk bersenang-lenang diluar sana,tanpa sebarang urusan.Aku lihat sahaja ada sesetengah orang menganggap seperti kita sudah MENANG.Hakikatnya kita masih belum pulih sepenuhnya dari Covid-19 tetapi pergi bercuti sana sini tanpa rasa bersalah dan tidak takut pun dengan situasi yang melanda sekarang.

Jadi apa kesudahannya sekarang lihatlah sendiri.!!!

Semua orang menjadi susah kerana terpaksa Cuti PKP.

Sekolah terpaksa ditunda.Pelajar menghadapi tahap kesukaran ,bila perlu mengikuti kelas Online.Sedangkan bukan semua pelajar mempunyai Akses Internet dan Laptop dirumah.Yuran sekolah pula perlu bayar seperti biasa.

Sukar bukan?

Aku menyeru kepada semua,duduk sahaja dirumah kalau tiada urusan apa-apa.Bila kita merungut bosan.Anda lupa petugas di Hospital sampai tidak punya masa untuk bosan demi menjaga semua pesakit jangkitan Covid-19.

Sebenarnya ada banyak perkara anda boleh lakukan dirumah.

1.Masak atau belajar masak.Mengemas rumah.

2.Cuci sahaja segala jenis yang berhabuk.Seperti kipas,bawah sofa,bawah katil.

Kemas peralatan dan buang sahaja barang yang tidak digunakan lagi.

Kalau ada kertas botol dan tin aluminium boleh kumpul sekali.

Atau asingkan dan jual.Ada juga hasilnya dan dapat kitar semuala.

3.Cuci bilik air .Jangan malas .Tak payah tunggu orang lain buatkan.

4.Cuci kereta sendiri.

5.Kalau ada kucing,main dengan kucing sebab sebelum PKP.Asik kerja dan busy.

6.Solat diawal waktu,mengaji ,Solat Tahajud dan Solat Dhuha.

7.Membaca dan menonton You Tube, Movie atau Netflix.

Banyak bukan perkara yang boleh dibuat sepanjang PKP ni dan bila duduk dirumah.Ini pun aku rasa banyak gila benda nak buat.

INGAT "STAY AT HOME"

No comments: