https://www.instagram.com/nana.thepurpleroomz

Wednesday 9 June 2021

PKPD - Di Kawasan Sekitar Cheras

 Kali ini tak sangka dikawasan tempat tinggal aku pula akan dilaksanakan PKPD iaitu dari 28 May sehingga 10 June 2021.Siapa sangka Penyakit Covid-19 sudah melebihi setahun merebak dinegara ini dan di seluruh negara.

Tak pernah terfikir bahawa penyakit berjangkit Covid-19 akan sampai ketahap kritikal sebegini rupa.Setelah seminggu baru aku tahu rasanya,bagaimana perlaksanaan PKPD dan larangan SOP PKPD.

Setiap hari kes kematian paling tinggi mencecah dua angka sudah.Ini bermakna memang penularan wabak penyakit ini sangat serius.Justeru itu dikawasan tempat tinggal jangkitan kes meningkat dan perlu dilaksanakan PKPD - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN .

Siksa yang amat kerana dikawasan bangunan diletakkan KAWAT BERDURI.

Sesiapa atau mana2 kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPD.

Keperitan dan tekanan yang aku alami ialah sebarang pembelian Online daripada LAZADA dan Shopee pun tidak dibenarkan, kerana penghantar barang tidak dibenarkan masuk ke kawasan bangunan yang telah dipasang KAWAT BERDURI.Banyak kerja yang aku terpaksa ditangguhkan dulu sehingga Perintah Pergerakan Kawalan ini selesai .



Esok 10 June 2021.Aku harap PKPD di kawasan ini tamat dan tidak disambung semula dan aku berharap kes jangkitan semakin menurun dan berkurangan.

Terus kekal di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan. #dudukrumah




No comments: