Kucing yang paling aku sayang dan tak akan pernah lupa tentang kehadiran kalian dalam hidup aku.Terima kasih kepada Tuhan kerana kirimkan dan memberi aku peluang untuk merasai ,menyayangi dan membela kucing yang baik macam ni.Bukan semua orang dapat kucing yang baik atau mendengar kata.Aku sayang dua dua ni sebab sangat baik.Tak pernah panjat atau sepahkan rumah dan sangat menghormati tuannya.
Aku dah membela Luna sejak
dari tahun 2013 - 2021 sampai sekarang.Masa tu jumpa Luna tepi jalan je.Adik
aku bawa balik sebab tengok ada anak kucing main sorang-sorang tepi jalan.Aku
dan adik memang suka kucing dari kecil.Tak boleh tanpa kucing.Kucing kan adalah
haiwan kesayangan Nabi.Makanya janganlah kau benci dan sepak kucing kalau tak
suka.
Dyan pula masa tue laki aku bawa pulang dari tempat kerjanya.Disebabkan laki kau nak berhenti kerja,maka tak sampai hati nak biarkan Dyan kat situ.Sebab dah sayangkan.Jadi bawa balik rumah je lah bela.Tapi masa ambil Dyan.Dyan memang tak berapa sihat.Selalu bersin dan berhingus.
Suatu hari selepas kami membela Dyan dalam 6-8 bulan.Dyan jatuh sakit dan tiba-tiba badannya rebah.Allah saja yang tahu macam mana perasaan masa tue.Kami bergegas bawa Dyan ke Klinik Haiwan di area Cheras.Doktor cakap Dyan ada masalah saraf dan tak tahu sambai bila boleh bertahan.Aku panik dan terpinga menangis dalam hati.Dyan sempat ceria sekejap dalam sebulan selepas sakit,tak boleh mengimbangkan badannya lagi.
Akhirnya Dyan pergi pada Oktober 2020.Aku cuma berdoa suatu hari nanti dapat menemui kau semula bila tiba masanya nanti.
Nak murah rezeki bela kucing tak TIPU.Kalau suka atau bela haiwan Insyaallah haiwan yang kau bela tu akan mendoakan kau juga.Percayalah pada REZEKI Allah, kerana rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Tak semestinya dalam bentuk WANG.
Buat Luna, semoga aku bisa bersama mu selamanya dan menyangi aku selamnya.Andai suatu hari Luna tiada dalam hidupku.Aku tak pasti bagaimana untuk aku jalani kehidupan tanpa Luna.
No comments:
Post a Comment